Friday 6 May 2011

MUKJIZAT AL-QUR'AN TENTANG TAHUN QOMARIYAH DAN TAHUN SYAMSIYAH

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
"Dan mereka tinggal dalam gua mereka tiga ratus tahun dan ditambah sem- bilan tahun (lagi)."(QS.Al-Kahfi: 25)
Allah Subhanahu wa Ta'ala memberitahukan kepada Nabi-Nya shallallahu 'alaihi wasallam yang mulia bahwa kisah beberapa orang yang tinggal di dalam goa itu (ashabul kahfi) menetap di dalamnya selama tiga ratus tagun ditambah sembilan tahun lagi. Setelah orang-orang Nashrani di Najran mendengar cerita itu, mereka berkata:"Kalau yang tiga ratus tahun sudah kami ketahui, sedangkan yang sembilan tahun lagi tidak kami ketahui." Maka turunlah ayat wahyu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

Katakanlah: "Allah lebih mengetahui berapa lamanya …."(QS.Al-Kahfi: 26)
Sesungguhnya ayat ini telah disebutkan 14 abad (bahkan lebih) yang lalu. Sekarang kita akan mendengarkan apa yang dituturkan oleh ilmuwan pengetahuan modern:"Sebenarnya setiap 100 tahun syamsiyah (tahun matahari/masehi) sama dengan 103 tahun qomariyah (tahun bulan/hijriyah), atau 300 tahun syamsiyah sama dengan 309 tahun qomariyah." (al-Islamu Yad'u ilaa al-'Ilmu /Islam mengajak untuk berilmu)
Inilah ketetapan yang terlambat yang dituturkan oleh ilmu pengetahuan modern zaman ini, setelah sebelumnya al-Qur'an menyebutkannya sejak 14 abad silam.

(Sumber:الإعجاز العلمي في الإسلام والقرآن الكريم oleh Muhammad Kamil 'AbdushShomad, edisi Indonesia penerbit Akbar hal.116-117. Diposting oleh Abu Yusuf Sujono)

Thursday 28 April 2011

25 Nama Nabi dan Rasul yang Wajib Kita Ketahui

Dalam agama islam terdapat 25 nabi dan rasul yang wajib diketahui dengan Nabi Muhammad SAW sebagai nabi yang terakhir untuk seluruh umat spanjang masa, yaitu :
1. Adam AS.
2. Idris AS.
3. Nuh AS.
4. Hud AS.
5. Soleh AS.
6. Ibrahim AS.
7. Luth AS.
8. Ismail AS.
9. Ishak AS.
10. Yakub AS.
11. Yusuf AS.
12. Ayub AS.
13. Sueb AS.
14. Musa AS.
15. Harun AS.
16. Zulkifli AS.
17. Daud AS.
18. Sulaiman AS.
19. Ilyas AS.
20. Ilyasa AS.
21. Yunus AS.
22. Zakaria AS.
23. Yahya AS.
24. Isa AS.
25. Muhammad SAW.
Nabi yang mendapat julukan Ulul Azmi atau nabi/rasul yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menjalankan kenabiannya :
1. Nuh AS.
2. Ibrahim AS.
3. Musa AS.
4. Isa AS.
5. Muhammad SAW.

Tuesday 26 April 2011

KISAH MALAIKAT ZABANIAH MEMBAWA RANTAI DARI NERAKA UNTUK MENYEKSA IBLIS

   Kabul Ahbaar berkata: Apabila dunia ini telah musnah dan tidak ada lagi orang yang tinggal di dunia ini baik manusia, jin,syaitan atau binatang, maka inilah saat yang ditentukan oleh Allah swt. kepada Iblis Laknat.Kemudian Allah swt. berfirman kepada malakul maut: "Aku telah menjadikan pembantu untuk mu sebanyak orang yang ada dari mula hingga yang terakhir, dan aku telah memberimu kekuatan penduduk langit dan bumi dan kini aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan marah, oleh itu turunlah kamu dengan membawa marah dan murkaku terhadap si Malaun terkutuk, maka rasakan kepada Iblis kepedihan maut yang dialami oleh orang-orang dari mula hingga yang terakhir terdiri dari Jin dan manusia dan berlipat kali ganda.
Firman Allah swt. lagi:" Dan hendaklah kamu membawa 70.000 Malaikat yang kesemuanya penuh dengan sifat murka dan kecemasan dan setiap malaikat Zabaniah membawa rantai dari neraka Ladha dan cabutlah dengan 70.000 cungkilan dari neraka Ladha. Dan perintahkan kepada Malaikat Malik supaya membuka semua pintu-pintu neraka."
Setelah mendapat perintah dari Allah swt maka malaikat maut itu pun turun dengan bentuk yang paling menakutkan dan diceritakan andaikata kalau penduduk langit dan dunia melihatnya nescaya akan menjadi cair mereka semua disebabkan rupanya yang paling menakutkan itu.Apabila sampai saja Malaikat maut pada Iblis Laknat lalu malaikat maut membentaknya dengan sekali saja maka jatuh pengsanlah si Iblis laknat dengan berdengkur dan sekiranya dengkur si Iblis laknat didengar penduduk di timur hingga ke barat nescaya akan pengsan kesemua mereka itu, lalu malaikat maut membentak lagi:"Berhentilah kamu Iblis Laknat yang jahat dan kini rasalah kepedihan maut sebagaimana yang dirasai oleh orang-orang yang kau sesatkan dalam beberapa abad yang kau hidup dan inilah hari yang ditentukan oleh Allah swt. terhadap kamu, maka kemanakah kamu hendak lari!" Apabila Iblis Laknat mendengar saja apa yang dikatakan oleh malaikat maut kepadanya, maka iapun lari ke hujung timur, tetapi malaikat maut telah sedia berada dihadapanya, maka larilah Iblis laknat itu menyelam ke dalam laut, tetapi malaikat maut telah sedia berada didepanya, lalu laut melemparkan Iblis laknat itu.Maka larilah Iblis laknat itu mengelilingi bumi, tapi tidak ada satu tempat pun untuk ia bersembunyi, kemudian Iblis laknat itu pun lari mendapatkan kubur Nabi Adam sambil berkata:
"Disebabkan kamulah aku menjadi malaun."Kemudian Iblis laknat bertanya kepada malaikat maut:" Minuman apakah yang akan kamu berikan kepada ku dan seksa apakah yang akan kamu kenakan terhadapku?." Malaikat maut pun berkata:" Kamu akan diberi minuman dari neraka Ladha, seksa akan kamu terima serupa dengan seksa ahli neraka dan berlipat kali gandaa". Mendengar hal demikian maka Iblis laknat pun mengguling diatas tanah sambil menjerit-jerit sekuat suaranya kemudian ia lari dari barat ke timur dan berbalik sehingga ia sampai pada tempat yang mula-mula turun ke bumi dulu dan disitu ia dihalang oleh malaikat Zabaniah dengan rantai ditangannya.Sedang bumi bagaikan api dikerumuni oleh Malaikat Zabaniah

KISAH DAILOG RASULULLAH S.A.W. DENGAN IBLIS TENTANG SEMBAHYANG.

      Rasulullah s.a.w. telah menyoal Iblis Laknat, sabda Rasulullah s.a.w. " Wahai Iblis, ketika umatku berdiri melakukan sembahyang, bagaimana hal kau?" lalu Iblis berkata: "Masa itu yang paling susah bagi diri hamba, seluruh badan hamba akan bergementar dan lemah hingga ketulang sendi hamba, lalu pada masa itu hamba akan menyuruh sekelian bala tentera hamba terdiri dari syaitan mengoda orang yang hendak sembahyang.
Bagi setiap seorang manusia akan digoda oleh berpuluh-puluh syaitan, setengah pada angotanya, supaya ia merasa malas mengerjakan sembahyang, setengahnya akan masuk kedalam hatinya supaya ia was-was dalam sembahyang dan akan terlupa rakaatnya , dan akan rasa bimbang terhadap perkerjaan dunia, serta akan sergera akan segera keluar dari sembahyang.
Dan setengah syaitan akan masuk ke dalam mata oarang yang hendak sembahyang supaya ia tidak khusyuk dalam sembahyang, yakni hatinya tidak senang dalam sembahyang. Ia memasang telinga mendengar orang berkata-kata dan mendengar bunyi-bunyian yang sia-sia.Akan datang pula syaitan duduk di belakangnya supaya orang yang sembahyang itu tidak akan tahan lama untuk duduk ditahiyat dan dalam hatinya berkehendakkan supaya sembahyang itu habis cepat, dengan yang demikian ini akan mengurangkan pahala sembahyang dan sekiranya sekelian syaitan itu tidak dapat mengoda maka akan hamba hukum dengan seberat-beratnya keatas syaitan-syaitan itu.
Ingatlah saudara-saudaraku sembahyang itu tiang agama dan syaitan itu akan sentiasa merosakan sembahyang itu dengan apa cara sekali pun.Oleh itu hendaklah kita sentiasa ingat akan perkara-perkara yang diterangkan disini agar kita dapat berusaha memperbaiki sembahyang kita dari tahap yang rendah ke tahap yang tidak dapat lagi diganggu oleh syaitan.

Sunday 24 April 2011

KELEBIHAN MEMBACA SURAH YASSIN


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Friday 22 April 2011

KEINADAHAN ALAM 1



Adakah kita berfikir memahami kewujudannya?
Adakah kita mengenalinya?
Adakah kita menemuinya?
Adakah kita pernah merinduinya?

Thursday 21 April 2011

KELEBIHAN MENJAGA HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Maksud hadis :
                       Daripada Abu Ayyub; Bahawa seorang Arab Badwi (Desa) menawarkan kepada Baginda yang sedang perjalanan (musafir) untuk memegang tali kekang unta baginda. Arab Badwi tersebut selepas itu berkata : Wahai Rusulullah! Atau wahai Muhammad! Beritahulah kepada saya tentang apa yang dapat menghampirikan diri saya kepada syurga dan mengenai apa yang menjauhkan diri saya dari neraka. Baginda tidak segera menjawab, di mana Baginda memandang ke arah sahabat baginda sambil berkata : Dia (orang Arab Badwi ini) benar-benar mendapat pertunjuk. Selepas itu baginda bertanya kepada Badwi tersebut, apa yang engkau katakan tadi? (Badwi) orang itu mengulangi ucapannya. Lalu baginda bersabda : Engkau beribadat kepada Allah, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu, menunaikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menghubungkan kekeluargaan (silaturahim). sekarang tinggalkanlah unta itu.

Makanan Sunah 2

KISMIS

Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Kismis membekalkan banyak vitamin dan miniral yang penting kepada tubuh badan seperti zat besi, potasium, magnesium, kalsium dan vitamin B1,B3 serta B6 untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan.Banyak khasiatnya yang diperakui sendiri oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW didalam beberapa hadisnya iaitu :

1. Nabi Muhammad SAW bersabda : "Sesiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian."

2. Nabi Muhammad SAW bersabd :" Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu / cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih."

Dari Imam Ali a.s. berkata:"Sesiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi."



Dari Imam Ali a.s. berkata :"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa."

Makanan Sunah 1

KURMA

Buah kurma kita dapati banyak khasiat yang terkandung didalamnya. ada beberapa hadis yang menyebut tentangnya antara contoh ialah :
i) Nabi muhammad SAW bersabda : "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat"
   
ii) Nabi Muhammad SAW bersabda : "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)"

Dari Abu Abdillah a.s berkata: "Buah kurma adalah salah satu yang berasal dari surga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s berkata: "Sesiapa memakan tujuh biji buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada diperutnya akan mati."

Sayidina Ali r.a meriwayatkan: "Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya."

Wednesday 20 April 2011

Hamba Yang Ajaib

Pada suatu hari Abdul Wahid bin Zaid r.a berjalan-jalan dipasar tiba-tiba ia terlihat seorang hamba yang sedang dijual. Hamba tersebut melihat Abdul Wahid dengan mata yang tajam lalu Abdul Wahid teringin untuk membeli hamba tersebut untuk membuat kerja-kerja dirumahnya. Hamba ini adalah seorang yang taat dan sentiasa melakukan kerja-kerja dengan tekun sekali.
Abdul Wahid merasa hairan tentang perangai hamba ini kerana diwaktu siang ia bekerja dengan tekun manakala diwaktu malam ia tidak ada dirumah walaupun puas Abdul Wahid mencarinya sedangkan pintu rumah sentiasa tertutup dan tidak ada tanda-tanda bahawa pintu telah dibuka. Pada waktu pagi hamba tersebut telah berada kembali didalam rumah dan menyerahkan satu keping wang dirham yang terukir surah Al-Ikhlas diatasnya. Apabila ditanya oleh Abul Wahid, hamba tersebut menjawab " saya akan memberi kepada tuan setiap hari satu keping wang dirham asalkan tuan jangan bertanya kemana saya pergi". Abdul Wahid menerimanya dan tidak mengambil tahu lagi hal tersebut.
Satelah sekian lama perkara tersebut berlalu, pada suatu hari datang seorang teman Abdul Wahid dan memberi tahu bahawa kerja hambanya setiap malam adalah menggali kubur orang yang maninggal dunia. Abdul Wahid amat terkejut diatas apa yang diberi tahu oleh kawanya, tetapi dia tidak percaya. Abdul Wahid berjanji akan menyiasat perkara terlebih dahulu.
Pada suatu malam salepas sembahyang Isyak, Abdul Wahid mengintai gerak geri hambanya tanpa diketahui bahawa dia sedang dintip. Abdul Wahid nampak hambanya menuju ke pintu hanya dengan menunjukkan jarinya sahaja pintu tersebut terbuka dengan sendirinya sambil diperhatikan oleh Abdul Wahid dengan kehairanan. Satelah hambanya keluar pintu tersebut tertutup kembali dengan sendirinya. Abdul Wahid terus mengekori hambanya sehingga sampai kesuatu tempat yang lapang (padang pasir). Hambanya terus menukarkan pakaiannya dengan pakaian lain yang diperbuat daripada kain guni. Hamba tersebut terus menunaikan solat sehingga terbit fajar. Satelah selesai solat hamaba tersebut menadah tangan kelangit dan memohon doa kepada yang Maha Berkuasa dengan berkata "wahai tuanku yang besar berilah upah kepada tuanku yang kecil". Selesai ia berdoa jatuhlah sekeping wang dirham dari langit dan diambil oleh hamba tersebut. Abdul Wahid memerhati hambanya dengan perasaan hairan dan takjub sekali.
Oleh kerana hari sudah hampir siang, Abdul Wahid mencari air disekitarnya untuk berwudud dan menunaikan solat Subuh. Semasa beliau berdoa dia berjanji akan memerdekakan hambanya kerana hamba yang saleh spertinya tidak seharusnya menghambakan diri kepada sesama manusia. Selesai berdoa Abdul Wahid mencari hambanya tetapi tidak berjumpa dia telah menghilangkan diri dengan bagitu cepat sekali. Abdul Wahid cuba mencari jalan untuk pulang kerumahnya tetapi tidak berjumpa kerana tempat tersebut asing baginya. Dengan perasaan cemas dan menyesal diatas tindakannya dan dalam keadaan mundar mandir yang tidak menentu tiba-tiba dia ternampak bayang-bayang dari jauh orang berkuda sedang menuju kearah beliau.
Dengan parasaan tidak sabar, Abdul Wahid menunggu ketibaan orang tersebut dan apabila sampai ketempat beliau, orang berkuda tersebut bertanya "apakah yang kamu buat ditengah- tengah padang pasir ini wahai Abdul Wahid". Abdul Wahid kehairanan dan berkata didalam hatinya, bagaimanakah orang ini mengetahui nama aku. Abdul Wahid menceritakan kepada orang berkuda apa yang telah berlaku. Orang berkuda itu berkata lagi "janganlah kamu berasa curiga terhadap apa yang berlaku" Abdul Wahid mengangguk-ngangguk sahaja apa yang dikatakan oleh orang berkuda tadi. Orang berkuda berkata lagi " tahukah kamu berapa jauh rumah kamu dangan tempat ini" jawab Abdul Wahid " saya tidak tahu". "Jaraknya adalah dua tahun perjalanan dengan kuda yang berlari dengan cepat" kata orang berkuda. Abdul Wahid kehairan dengan kata-kata orang berkuda tadi dan berkata didalam hati semasa aku mengikuti hambaku malam tadi hanya beberapa mini sahaja perjalannya kemari.
Sebelum berlalu orang berkuda tersebut memesan kepada Abdul Wahid supaya mengunggu disini dan jangan kemana-mana, nanti malam hamba mu akan datang dan kamu bolehlah mengikutinya pulang nanti. Abdul Wahid menunggu sahaja disitu seperti yang dipesan oleh orang berkuda tadi. Semasa menuggu Abdul Wahid sudah beberapa kali tertidur dan terjaga kerana keletihan dan kehausan. Apabila Abdul Wahid tersedar dari tidurnya dia mendapati makanan dan minuman telah terhidang disisinya dan hambanya juga berada disitu. Hambanya mempelawa Abdul Wahid makan makanan yang telah terhidang. Tanpa bekata apa-apa Abdul Wahid makan dengan lahapnya kerana tersangat lapar dan dahaga. Hambanya berkata kepada Adul Wahid "janganlah tuan mengulangi lagi pebuatan ini dan tunggulah disini sehingga saya selesai solat". Hambanya terus mengerjakan solat sehingga terbit fajar. Satelah selesai sembahyang hambanya berdoa seperti malam sebelumnya , tiba-tiba jatuh sekeping dirham dari langit dan diberikan kepada Abdul Wahid dan ianya mengambilnya satu dirham lagi dari sakunya seraya berkata "ini wang dirham untuk malam tadi".
Satelah selesai hambanya memimpin Abdul Wahid dan berjalan dengan cepatnya dan tidak sampai beberapa saat mereka telah tiba dihadapan rumah Abdul Wahid. Hambanya bertanya kepada Abdul Wahid "betulkah tuan akan memerdekakan saya kerana Allah Taala" jawab Abdul Wahid "benar" Lalu hambanya menunjukkan kepada batu penyendal pintu dan menyatakan bahawa ia adalah wang tebuhannya. Abdul Wahid merasa hairan bagaimnana batu yang telah lama berada disitu dijadikan wang tebusan. Lalu Abdul Wahid mengambil batu tersebut dan dengan serta merta batu tersebut bertukar menjadi seketul emas. Abdul wahid kehairanan diatas keajaiban yang berlaku yang dilihatnya sebelum ini dan pada hari ini.
Pada waktu siangnya Abdul Wahid pergi kerumah kawannya yang menuduh hambanya menggali kubur dan menceritakan kepadanya apa yang sebenarnya berlaku. Sementara dirumahnya berlaku kekecuhan dimana anak perumpuan Abdul Wahid memaki hamun hambanya kerana menyangka selama dua malam anyahnya tidak balik kerumah dan menuduh hambanya membunuh ayahnya kerana mengintip perbuatan jahatnya menggali kubur orang. Anak perempuan Abdul wahid dengan perasaan marah telah mengambil seketul batu dan membalingkan kearah hamba tersebut lalu terkena pada matanya dan menyebabkan mata hambanya terkeluar dan dia jatuh pingsan.
Satelah Abdul Wahid kembali kerumahnya daripada melawat kawannya keadaan kelam kabut telah terjadi dimana orang ramai yang berada disitu telah memberi tahu kepadanya apa yang telah berlaku. Dengan perasaan marah Abdul Wahid mengambil pedang lalu memotong tangan anaknya sehingga putus. Abdul Wahid merasa kesal diatas tuduhan yang dibuat oleh anaknya sedangkan mereka tidak mengetahui keadaan sebenarnya.
Satelah hambanya sedar dari pengsan, hambanya bangkit serta mengambil mata yang terjatuh lalu dimasukkan kembali ketempat asalnya sambil berdoa kepada Allah supaya memulihkan kembali penglihatannya. Satelah berdoa, matanya kembali sembuh seperti sedia kala dan hambanya pergi mengambil tangan anak Abdul Wahid yang putus lalu menyambungnya seraya membaca sesuatu. Tidak lama kemudian tangan anak Abdul Wahid kembali pulih seperti sedia kala. Hambanya terus meminta diri dan berlalu dari situ. Orang ramai kehairanan melihat keajaiban yang telah berlaku.

Sunday 10 April 2011

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG

Assalamualaikum......

Dengan Nama ALLAH hamba hulurkan salam persaudaraan...
Rapatkan jurang diantara kita , jauhkan hasad dengki dendam kesumat kerna itu tipu daya syaitan...Bangkitlah..dibawah panji agama yang benar .Dengan syahadah yang suci AKU NAIK SAKSI TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN AKU NAIK SAKSI NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH.....