Thursday 21 April 2011

KELEBIHAN MENJAGA HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Maksud hadis :
                       Daripada Abu Ayyub; Bahawa seorang Arab Badwi (Desa) menawarkan kepada Baginda yang sedang perjalanan (musafir) untuk memegang tali kekang unta baginda. Arab Badwi tersebut selepas itu berkata : Wahai Rusulullah! Atau wahai Muhammad! Beritahulah kepada saya tentang apa yang dapat menghampirikan diri saya kepada syurga dan mengenai apa yang menjauhkan diri saya dari neraka. Baginda tidak segera menjawab, di mana Baginda memandang ke arah sahabat baginda sambil berkata : Dia (orang Arab Badwi ini) benar-benar mendapat pertunjuk. Selepas itu baginda bertanya kepada Badwi tersebut, apa yang engkau katakan tadi? (Badwi) orang itu mengulangi ucapannya. Lalu baginda bersabda : Engkau beribadat kepada Allah, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu, menunaikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menghubungkan kekeluargaan (silaturahim). sekarang tinggalkanlah unta itu.

No comments:

Post a Comment