Thursday 21 April 2011

Makanan Sunah 2

KISMIS

Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Kismis membekalkan banyak vitamin dan miniral yang penting kepada tubuh badan seperti zat besi, potasium, magnesium, kalsium dan vitamin B1,B3 serta B6 untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan.Banyak khasiatnya yang diperakui sendiri oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW didalam beberapa hadisnya iaitu :

1. Nabi Muhammad SAW bersabda : "Sesiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian."

2. Nabi Muhammad SAW bersabd :" Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu / cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih."

Dari Imam Ali a.s. berkata:"Sesiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi."



Dari Imam Ali a.s. berkata :"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa."

No comments:

Post a Comment